Friday, November 4, 2011

7 cara bersahabat kerana ALLAH

1) Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.


Nabi SAW telah bersabda: " Jika seseorang kasih kepada seseorang; maka hendaklah dia memberitahu temanya".(Hr Abu Daud)


2) Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatya tanpa pengetahuanya.


Nabi SAW bersabda: "Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaraya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata:


"Engkau juga akan mendapat seumpamanya"
(Hr Muslim)


3) Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.


"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun ; sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria".(Hr Muslim)


4) Segera bersalaman ketika bertemu dengan temanya.


Nabi SAW bersabda:

"Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.(Hr Abu Daud)


5) Amalan ziarah-menziarahi


Nabi SAW bersabda: " Hendaklah kamu menziarahi sesekali; nescaya akan menambah kasih sayang diantara kamu."


6) Memberi hadiah


Nabi SAW bersabda: " Hendaklah kamu saling memberi hadiah; nescaya kamu akn berkasih sayang".(Hr Thabrani)


7) Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan


Nabi berpesan: " Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan". (Hr Hakim)

No comments:

Post a Comment